RM 10.00
Maaf jika kurier lewat (3 hari+). Pokok mungkin layu/rosak kerana kurang cahaya, namun akarnya tetap sihat. Tips rawatan: 1. Tukar pasu baru. 2. Tambah baja organik. 3. Siram pagi & petang.
Baki Stok: 7
Aloe vera adalah pokok sukulen yang menyimpan air dalam daunnya, jadi ia sangat mudah dijaga.
Cahaya Matahari: Sukakan cahaya matahari yang terang tetapi tidak terlalu terik. Jika daun menjadi coklat atau kemerahan, itu tanda pokok terkena "sunburn".
Penyiraman: Hanya siram apabila tanah benar-benar kering (biasanya 1–2 kali seminggu). Pantang utama: Jangan siram terlalu kerap sehingga air bertakung, kerana akarnya sangat cepat mereput.
Pasu & Tanah: Gunakan tanah campuran yang poros (seperti tanah kaktus) dan pastikan pasu mempunyai lubang saliran yang baik.
Pembiakan: Ia membiak melalui "anak" (offshoots) yang tumbuh di celah pokok induk. Anda hanya perlu pisahkan anak tersebut ke pasu baru.
Lendir (gel) di dalam daunnya mempunyai pelbagai fungsi:
Rawatan Kulit: Sapu terus gel segar pada kesan terbakar (burns), gigitan serangga, atau sebagai pelembap muka semulajadi.
Kesihatan Rambut: Gelnya boleh dijadikan masker rambut untuk mengurangkan kelemumur dan menguatkan akar rambut.