RM 15.00
Maaf jika kurier lewat (3 hari+). Pokok mungkin layu/rosak kerana kurang cahaya, namun akarnya tetap sihat. Tips rawatan: 1. Tukar pasu baru. 2. Tambah baja organik. 3. Siram pagi & petang.
Baki Stok: 1
1. Cara Penjagaan
Cahaya: Sukakan cahaya matahari penuh atau separa teduh. Jika terlalu redup, pokok sukar mengeluarkan bunga.
Siraman: Memerlukan air yang banyak. Siram 2 kali sehari dan pastikan tanah sentiasa lembap. Pokok ini asalnya tumbuhan hutan hujan, jadi ia tidak tahan kemarau.
Tanah: Gunakan tanah yang kaya dengan bahan organik dan mampu menyimpan kelembapan seperti Tanah ReadyGrow. Tanah yang subur akan menghasilkan batang yang besar dan bunga yang berat.
Pemangkasan: Rajinkan membuang batang yang sudah tua, kering, atau mati supaya rumpun tidak terlalu padat dan memberi ruang kepada rebung (tunas bunga) baru untuk tumbuh.
Pembiakan: Paling mudah melalui pecahan rumpun (rizom). Tanam ubi kantan yang mempunyai tunas ke dalam tanah sedalam 10-15 cm.
2. Kegunaan Dalam Masakan
Laksa: Bahan "wajib ada" untuk Laksa Utara atau Laksa Johor. Aroma kantan memberikan rasa segar dan menghilangkan hanyir kuah ikan.
Asam Pedas: Bunga kantan yang dibelah dua dimasukkan ke dalam asam pedas untuk aroma yang sangat membangkitkan selera.
Nasi Ulam & Kerabu: Kelopak bunga kantan dihiris halus dan dicampurkan ke dalam Nasi Ulam, Kerabu Mangga, atau Nasi Kerabu.
Sambal Tumis: Bunga kantan juga sedap dihiris dan dimasukkan ke dalam sambal tumis udang atau sotong.
3. Perbezaan Kantan Merah & Pink
Kantan Pink: Paling biasa ditemui. Warnanya merah jambu lembut, aromanya sangat kuat dan manis. Kelopaknya lebih nipis dan sangat sesuai untuk hirisan ulam atau kerabu.
Kantan Merah: Warnanya merah pekat dan garang. Batang pokoknya biasanya lebih besar dan tinggi. Sangat cantik dijadikan pokok hiasan landskap selain untuk kegunaan dapur. Rasa dan aromanya hampir sama, cuma warnanya memberikan impak visual yang lebih menarik dalam masakan.