Serai

RM 10.00

Maaf jika kurier lewat (3 hari+). Pokok mungkin layu/rosak kerana kurang cahaya, namun akarnya tetap sihat. Tips rawatan: 1. Tukar pasu baru. 2. Tambah baja organik. 3. Siram pagi & petang.

Baki Stok: 0

1. SERAI MAKAN (Serai Biasa)

  • Ciri-ciri: Batangnya lebih besar, berisi (succulent), dan berwarna putih kehijauan di pangkal. Daunnya lebih pendek dan tidak terlalu tajam.

  • Kegunaan Masakan: Bahan utama dalam Tom Yam, Rendang, Masak Lemak, dan Kerabu. Bahagian putih di pangkal batang diketuk atau dihiris halus untuk aroma sitrus yang segar.

  • Penjagaan: Sukakan matahari penuh dan tanah gembur seperti Tanah ReadyGrow. Perlu siraman 1-2 kali sehari. Tuai dengan mencabut batang bersama akarnya apabila rumpun sudah padat.

2. SERAI WANGI (Citronella)

  • Ciri-ciri: Batangnya lebih kurus, berwarna kemerahan atau ungu di pangkal. Daunnya sangat panjang (boleh mencecah 1 meter), melanduk, dan mempunyai aroma yang sangat kuat dan tajam.

  • Kegunaan: TIDAK SESUAI UNTUK MASAKAN kerana rasanya yang pahit dan kelat. Digunakan sebagai penghalau nyamuk, lipas, dan serangga. Air rebusannya sangat popular untuk mandian herba ibu berpantang bagi membuang angin dan mengharumkan badan.

  • Penjagaan: Sangat lasak dan cepat membiak. Perlu ruang yang luas kerana daunnya yang panjang boleh menyebabkan gatal jika terkena kulit.