RM 12.00
Baki Stok: 0
Temu Pauh adalah antara ahli keluarga halia dan kunyit yang paling unik kerana aromanya. Walaupun rupa isinya hampir sama dengan halia muda atau temu lawak, ia mempunyai bau yang sangat harum seakan-akan buah mangga muda (pauh) yang baru dikupas.
Cahaya: Memerlukan cahaya matahari penuh atau separa teduh. Jika ditanam di tempat yang terlalu redup, pokok akan menjadi tinggi dan kurus, manakala isinya (rizom) tidak akan membesar dengan baik.
Siraman: Siram 1 kali sehari. Temu pauh sukakan kelembapan yang konsisten. Pastikan tanah tidak kering kontang, tetapi elakkan air bertakung yang boleh menyebabkan rizom reput.
Tanah: Sangat subur dalam tanah yang gembur, berpasir, dan kaya organik seperti Tanah ReadyGrow. Tanah yang tidak mampat memudahkan isi temu pauh "beranak" dengan banyak di dalam tanah.
Pembiakan: Paling mudah melalui rizom (isi) yang sudah mempunyai tunas. Tanam isinya sedalam 2-3 inci di dalam tanah secara melintang.
Tempoh Tuai: Boleh dituai selepas 8-10 bulan. Tanda pokok sedia dituai adalah apabila daun-daunnya mula menguning dan pokok nampak seperti hendak mati (dorman).
Ulam "Premium": Isi temu pauh yang muda (berwarna putih kekuningan) dihiris nipis-nipis dan dimakan mentah sebagai ulam. Ia sangat digemari kerana rasanya yang lemak, tidak pedas, dan berbau mangga.
Kerabu & Nasi Ulam: Bahan "rahsia" dalam kerabu tradisional. Hirisan temu pauh memberikan aroma segar yang menaikkan selera tanpa rasa pedas halia.
Sambal: Boleh ditumbuk bersama sambal belacan untuk memberikan rasa masam-masam manis semulajadi yang unik.
Membuang Angin: Sangat berkesan untuk masalah kembung perut dan membuang angin dalam badan (carminative).
Kesihatan Wanita: Sering diamalkan dalam ubat periuk atau jamu selepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan melancarkan darah nifas.
Anti-Radang: Membantu mengurangkan sakit-akit sendi dan bengkak pada badan.
Gatal Kulit: Secara tradisional, isinya yang diparut boleh ditampal pada kulit untuk merawat gatal-gatal atau kurap.