RM 12.00
Baki Stok: 2
Cahaya: Memerlukan cahaya matahari penuh (100%). Semakin banyak cahaya matahari, semakin cepat pokok membesar dan semakin manis buahnya.
Siraman: Siram 1-2 kali sehari. Mulberi sukakan tanah yang lembap tetapi tidak menakung air. Jika tanah terlalu kering, daunnya akan cepat kuning dan gugur.
Tanah: Paling subur dalam tanah yang gembur dan kaya organik seperti Tanah ReadyGrow. Saliran yang baik sangat penting untuk mengelakkan reput akar.
Pemangkasan (Pruning): RAHSIA UTAMA! Pokok mulberi hanya akan berbuah lebat selepas dahan dipangkas. Jika dibiarkan tumbuh meliar, ia hanya akan mengeluarkan daun. Potong dahan dan buang semua daun (gondolkan), dalam masa 2 minggu tunas baru akan keluar bersama putik buah.
Pembiakan: Sangat mudah melalui keratan batang. Potong batang yang sudah matang (berwarna coklat), buang daun, dan cucuk ke tanah lembap. Ia akan berakar dengan pantas.
Buah Segar: Buah yang berwarna merah (masam) dan hitam pekat (manis). Sangat sedap dimakan segar, dibuat jam, atau dijadikan hiasan kek/puding.
Teh Daun Mulberi: Daun yang matang dikeringkan dan direbus sebagai teh. Ia mempunyai aroma herba yang menenangkan.
Ulam Pucuk: Pucuk muda mulberi boleh dicelur atau dimasukkan ke dalam sup/masak lemak. Teksturnya lembut dan rasanya lemak-lemak tawar.
Kawalan Gula & Darah Tinggi: Teh daun mulberi sangat terkenal secara tradisional untuk membantu menurunkan paras gula dalam darah (kencing manis) dan menstabilkan tekanan darah.
Kaya Antioksidan: Buah mulberi (terutamanya yang hitam) kaya dengan anthocyanins yang membantu melawan radikal bebas dan melambatkan penuaan (awet muda).
Kesihatan Jantung: Membantu mengurangkan paras kolesterol jahat dan menjaga kesihatan saluran darah.
Sakit Tekak & Batuk: Air rebusan buah atau daunnya membantu melegakan kerongkong dan mengurangkan kahak.
Kesihatan Mata: Kandungan Vitamin A yang tinggi membantu mengekalkan penglihatan yang baik.
Jika anda mahu pokok mulberi anda sentiasa berbuah tanpa henti:
Gunakan Tanah ReadyGrow untuk bekalan nutrien asas.
Lakukan pemangkasan setiap kali selepas habis musim berbuah.
Berikan baja buah (baja organik/NPK) selepas pemangkasan dilakukan.
Pastikan pokok mendapat matahari terik sepanjang hari.